Welcome and thank you for visiting syailashoppe.blogspot.com..Disini saya kongsikan tentang kesihatan, kecantikan, motivasi, perniagaan serta supplemen2 semulajadi khas untuk anda...





EKSKLUSIF utk anda..!!


JOM zassssss...!!!

Followers

Monday, December 10, 2012

SET BERPANTANG SHAKLEE - SUPER DUPER POWER...!!!!

Amalan selepas Bersalin (Berpantang) cara Tradisional dan Moden yang sesuai diamalkan. 

1. Urutan
Mengurut sangat baik untuk melancarkan perjalanan darah dan mencergaskan badan. Urutan biasanya dimulakaan selepas tiga hari bersalin. Bahagi

an yang biasanya diurut ialah perut, lengan, pinggang, kaki, belakang badan dan kepala. Mengurut boleh menghilangkan sengal-sengal badan.

2. Bertungku
Bertungku bertujuan untuk mengeluarkan darah kotor dalam tubuh terutamanya saki baki darah beku, membuang angin, menyembuhkan luka peranakan, menghangatkan tubuh dan mengecutkan urat yang kembang. InsyaAllah, lepas bertungku darah nifas akan mudah dan banyak keluar. Sebaiknya-baiknya bertungkulah tidak kurang daripada 45 minit setiap pagi dan petang selama tempoh berpantang.

3. Bertangas
Kaedah bertangas mampu membuang angin meroyan, mengecutkan vagina, menyihatkan peranakan , membetulkan kedudukan salur peranakan dan mengecutkan rahim. Ini penting untuk menyembuhkan luka dan jahitan segera. Biasanya rawatan ini perlu dijalankan selama setengah jam setiap kali bagi tempoh seminggu sekali sepanjang tempoh berpantang. Cara bertangas adalah air rebusan rempah ratus yang masih panas diletakkan di bawah kerusi dan ibu duduk di atas kerusi sambil membuka kaki supaya wasapnya dapat diserap dari bahagian bawah. Pastikan wasap tersebut terkepung dengan cara melabuhkan kain yang dipakai ibu hingga ke lantai.

4. Berbengkung
Berbengkung sangat membantu untuk mendapatkan bentuk tubuh kembali ramping. Berbengkunglah setiap hari sehingga habis berpantang terutamanya ketika waktu makan. Ia bukan sahaja boleh mengelakkan masalah perut buncit, juga boleh mengembalikan kedudukan peranakan.

5. Mandi rempah ratus
Anda digalakkan mandi dengan menggunakan air rebusan daun atau akar kayu. Air mandian tersebut berupaya mengeluarkan angin, memberi kesegaran dan menghaluskan kulit. Amalan mandi biasanya dilakukan pada hari ketiga dan seterusnya, sekurang-kurangnya tujuh hari berturut-turut. Antara jenis daun herba yang digunakan ialah pandan dan serai wangi. Air rebusan sireh yang sudah suam pula boleh digunakan untuk bersuci selepas membuang air kecil.

6. Memakai param dan pilis
Param dipakai ke seluruh badan dan pilis disapu di dahi. Kebaikan memakai param ialah dapat menghaluskan kulit dan menghindarkan angin. Pilis pula untuk mengelakkan pening dan mata rabun. Pemakaian herba dapat mengurangkan pitam dan tekanan darah rendah.


Disamping semua ini, anda juga boleh mengamalkan vitamin berasaskan produk semulajadi sebagai pelengkap atau altenatif yang sangat mudah yang turut menyumbang kepada kesihatan ibu dari dalaman iaitu
"Set Berpantang Shaklee".

Set berpantang Shaklee terdiri daripada:

a. Vitamin C- Untuk kuatkan antibodi badan ibu, membina kolegen yang penting untuk menyambung struktur otot dan tisu. Turut mempunyai kuasa penyembuhan.

b. Vitalea - Mengandungi multi vitamin dan mineral semulajadi untuk menampung kekurangan zat zat makanan penting sepanjang berpantang.

c. B Complex - Memberi kesegaran kepada ibu, mengatasi kelesuan, membantu menukarkan karbohidat, protein dan lemak kepada tenaga. Jadi, turut membantu ibu menurunkan berat badan selepas bersalin.

d. Zink- Sangat baik untuk baik pulih luka dalaman, membantu pemulihan sel badan dan bagus untuk masalah keguguran rambut.

e. Energizing Soy Protein (ESP) - Merupakan protein soya berkualiti tinggi dan boleh menggalakkan pengeluaran susu ibu dan membekalkan tenaga kepada ibu.





Berminat dan teruja dengan SET BERPANTANG ni..?? Jom order sekarang..!!!
Puan Suhaila Yusof
Shaklee Independent Distributor [ID No : 891021]
019-3489149 |syaila@hotmail.com




0 kOmEn kORaNg..??:

 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space