Welcome and thank you for visiting syailashoppe.blogspot.com..Disini saya kongsikan tentang kesihatan, kecantikan, motivasi, perniagaan serta supplemen2 semulajadi khas untuk anda...





EKSKLUSIF utk anda..!!


JOM zassssss...!!!

Followers

Wednesday, September 18, 2013

SET KEHAMILAN SHAKLEE UNTUK IBU MENGANDUNG

Kehamilan merupakan suatu pengalaman yang terindah. Ibu-ibu pasti teruja apabila mendapati diri mereka berbadan dua terutama bagi pasangan yang lama menantikan kehadiran cahaya mata. Apabila ibu disahkan hamil perkara yang perlu dititikberatkan adalah dari segi permakanan. Sepanjang tempoh kehamilan banyak nutrient yang diperlukan oleh ibu-ibu seperti Asid folic, Zat Besi, Kalsium, Protein, Karbohidrat, Vitamin B, Vitamin C, Vitamin D, Magnesium, Asid Lemak Omega 3 bagi menampung keperluan nutrisi tambahan untuk pembentukan bayi dalam kandungan. Nutrien yang mencukupi dapat mengelakkan gejala-gejala seperti dibawah:

❊Paras Hemoglobin rendah/anemia - keguguran, kelahiran bayi pra matang, bayi kecil, koma, meningkatkan kebarangkalian ibu meninggal dunia
❊Masalah sembelit
❊Diabetes ketika hamil – risiko kematian bayi baru lahir, bersalin secara pembedahan, kecederaan kelahiran akibat bayi yang besar
❊Praeklampsia/darah tinggi ketika hamil – punca kematian ibu hamil, sawan, kelahiran awal secara paksa/induction of labour 1-2 minggu dari tarikh jangkaan kelahiran
❊Mabuk/morning sickness
❊Kekejangan otot
❊Kecacatan bayi

Pengambilan supplement dan makanan yang seimbang adalah penting bagi memastikan ibu dan bayi sihat. Jadikanlah kehamilan ibu-ibu suatu pengalaman yang terindah dan elakkan kerisauan dengan pengambilan supplement SHAKLEE kerana SET KEHAMILAN SHAKLEE dapat membekalkan nutrisi yang lengkap.
B COMPLEX
B Complex terdiri dari 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh ibu mengandung bagi fungsi normal sistem badan. Asid Folik adalah salah satu vitamin B yang sangat penting dalam pertumbuhan otak, saraf dan tulang belakang bayi. Kekurangan asid folik semasa mengandung boleh menyebabkan kecacatan tulang belakang pada bayi. 


VITAMIN C
Vitamin C juga memainkan peranan penting semasa mengandung. Ia membantu pembentukan kolagen bagi membina otot, tulang dan kartilaj bayi. Ia juga membantu penyerapan asid folik yang lebih baik oleh tubuh. Selain itu sebagai anti oksidan, vitamin C penting untuk ketahanan tubuh ibu mengandung yang mudah mendapat jangkitan penyakit.


OSTEMATRIX
Kalsium, Magnesium dan Vitamin D adalah bahan penting di dalam Ostematrix Shaklee. Jika ibu mengandung kurang mengambil makanan berkalsium semasa mengandung, sistem badan akan mendapatkan kalsium dari tulang ibu untuk dibekalkan kepada bayi. Kesannya, ibu akan mudah mendapat masalah tulang seperti osteoporosis, tulang rapuh dan lemah di kemudian hari. Pengambilan Magnesium semasa mengandung boleh membantu masalah sukar tidur dan kekejangan semasa mengandung. KekuranganVitamin D pula semasa mengandung pula boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kehamilan dan kelahiran seperti preclampsia, riket dan tulang yang tidak normal pada bayi yang dilahirkan.

OMEGA GUARD
Pakar pemakanan berpendapat, pengambilan Omega 3 oleh ibu mengandung dapat membantu perkembangan otak, sistem saraf dan mata bayi di dalam kandungan. Ada kajian mendapati pengambilan DHA dan EPA boleh mengelakkan kelahiran bayi pramatang, bayi kurang berat dan merendahkan risiko pre-eklampsia. Selain itu, kekurangan omega 3 pada ibu dikatakan boleh menyebabkan ibu mudah mendapat tekanan termasuk 'meroyan' selepas bersalin.

ENERGISING SOY PROTEIN (ESP)

ESP adalah minuman protein dari soya yang mengandungi kesemua 9 jenis asid amino yang diperlukan oleh badan. Asid amino adalah bahan penting dalam pembinaan dan pembaikan sel, diperlukan dalam tindakbalas enzim dan kimia badan serta fungsi tubuh sistem badan. Pengambilan ESP oleh ibu mengandung membantu masalah keletihan akibat morning sickness, kandungan yang semakin membesar dan ibu yang aktif. Ia membekalkan tenaga selama berjam-jam serta membantu mengurangkan masalah pedih ulu hati dan rasa lapar berlebihan semasa mengandung.

TESTIMONI PENGGUNA

Jom kita baca pengalaman ibu-ibu mengandung yang telah amalkan set ni :

Cerita Pn. Dieyna (kredit) :
"Alhamdulillah sepanjang Dieyna memakan semua suplemen di atas, tiada sebarang masalah sepanjang tempoh kehamilan.. Kaki kejang pun jarang berlaku.. dan yang bestnya... kulit Dieyna tidak kering... HB normal, tekanan darah stabil... Syukur, Baby dalam perut pun membesar mengikut schedulenya... Seawal 20 minggu kehamilan, degupan jantung baby dah dapat didengar dengan menggunakan alatan klinik kesihatan. Jururawat beritahu biasanya 24 minggu ke atas baru leh kesan degupan jantung baby... Syukur sangat... Semoga baby dalam rahim ni membesar dengan sihat dan kuat ye..."
Cerita Pn. Hana (kredit) :
"Saya mula ambil set shaklee masa menyusukan anak yang sulung. Masa tu memang penat sebab dia kuat menyusu dan kurang tidur malam dan tak nak lepas sik nyusu jer.
Masa mengandungkan anak kedua saya memang ambil set penuh shaklee. Kesannya walaupun saya mengalami morning sickness saya masih boleh fokus semasa pemanduan ke pejabat. Balik rumah saya takla melepek sangat walaupun yang sulung masih lagi menyusu badan waktu malam.
Kat pejabat saya masih lagi naik turun tangga dan bergerak dengan aktif walaupun kadang-kadang ada simptom mengantuk yang melampau.
Saya jarang kena cram walaupun kat pejabat suhunya sejuk macam dalam peti ais. Macam tu juga di rumah. Saya amalkan pengambilan ostematrix dan omega untuk maintain tak kena cram dan suhu badan tak terlalu kesejukan selain ambil omega untuk baby dalam kandungan.
Ditakdirkan saya kemalangan jalanraya lagi 2 minggu mak bersalin. Masa kemalangan saya masih lagi boleh fikir nak buat apa dan tak panik walaupun saya kesakitan di dada.
Paling best masa nak bersalin saya boleh relax walaupun contraction kuat. Saya boleh pergi mandi dan buat solat sunat sebelum kejutkan suami untuk pergi hospital. Alhamdulillah saya tak panik dan relax je walaupun sakit. Boleh berbual dgn nurse kat dewan bersalin lagi masa tu."

Berminat??
Whatsapp/Sms/Call: 019-3489149 (Suhaila) untuk dapatkan harga yang istimewa 


0 kOmEn kORaNg..??:

 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space