Welcome and thank you for visiting syailashoppe.blogspot.com..Disini saya kongsikan tentang kesihatan, kecantikan, motivasi, perniagaan serta supplemen2 semulajadi khas untuk anda...





EKSKLUSIF utk anda..!!


JOM zassssss...!!!

Followers

Thursday, June 27, 2013

Kelebihan Susu Ibu

Saya ada terbaca kisah mengenai susu ibu di sebuah blog tapi sejauh mana kebenarannya wallahu'alam...sekadar berkongsi dengan anda semua..

"Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika:

Ada dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan sorang lagi anak perempuan. Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut ! Ni kes berebut anak lelaki huhu...

Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama,
maka timbul la sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar
bagi anak lelaki tersebut. Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA.

Lalu doktor pakar dari Amerika bertanya la pada kawan dia, sorang
doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah tersebut.
Dia orang dah buat ujian darah dah, malangnya, kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut!

Jadi doktor Amerika tu tanya la doktor dari mesir, macam mana nak
selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran ni agama yang sempurna, dan setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran.

Maka terkedu la doktor dari mesir tuh! Nak tak nak, doktor dari
mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya,
iaitu seorang ulama terkenal dari mesir.

Ulama dari mesir tu pun bertanya apa masalahnya. Setelah diceritakan segalanya, Ulama mesir tersebut tersenyum. Ulama mesir tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya! Setelah selesai ujian,mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut.

Setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut. Nak tau apa keputusannya ? Salah satu dari susu ibu tersebut, mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu. Maka ulama mesir tersebut berkata,ibu yang mempunyai susu yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut !

Kemudian doktor amerika tadi bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran,maka ulama mesir memberitahu bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah2 kali ganda dari anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan ‘harta’, maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan! "

Betapa indahnya penciptaan Allah itu...jadi wahai ibu-ibu semua janganlah disia-siakan anugerah Allah pada anda semua...susuilah anak-anak kesayangan anda selagi mana yang anda termampu...

# Credit: sinarworld.blogspot.com



0 kOmEn kORaNg..??:

 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space